Jumaat, 14 Jun 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Persandingan Beego, Linda

Posted: 13 Jun 2013 11:00 PM PDT

Ini adalah gambar persandingan Beego dan Linda Hashim yang diadakan di Dataran Karyawan, Hulu Klang pada tarikh 8 Jun yang lalu. Dan dimuatnaik oleh fotographi mereka di laman Facebook pada hari Rabu lalu. Tanpa membuang masa lagi, mari lihat merpati dua sejoli ini. Apa-apa pun semoga berbahagia melayari bahtera berumahtangga. Lagi gambar di Ryaniez Moments Photography

Gambar Anak Ridzuan Hashim

Posted: 13 Jun 2013 10:00 PM PDT


Difahamkan gambar dibawah adalah gambar anak kepada pelakon Vateran, Ridzuan Hashim. Dua anaknya yang masih dara sudah besar-besar dan menampakkan yang mereka tidak sosial sangat, namun pendekatan agama seperti bertudung masih lagi dikekalkan. Baguslah macam itu, semoga menjadi keluarga yang di redhai. Difahamkan kini, Ridzuan Hashim sudah 13 tahun menduda.



Pesanan Zed Zaidi Ambil Gambar Couple

Posted: 13 Jun 2013 09:00 PM PDT


Ini adalah petikan yang diambil dari laman Facebook Zed Zaidi baru-baru ini. Zed ada membuat kenyataan luar daripada isu selebriti dan anak seni, iaitu soal orang yang berkasih sayang atau mempunyai kekasih hati.

Khabarnya ini adalah tips yang sungguh betul namun melihatkan kembali penulisannya, Zed juga pandai  berlawak.  Ingat orang nombor satu jawatan anak seni tak tahu melawak, dok serius dengan kerjaya rupanya berbakat besar pula. Hehe.


Zahid Sesak Nafas Ketika Berbulan Madu

Posted: 13 Jun 2013 08:00 PM PDT

Deejay radio Era FM, Zahid yang bernikah dengan Sarah Julifa Isa pada minggu lalu yakni bersamaan dengan tarikh 7 Jun 2013 dilaporkan mengalami sesak nafas apabila dia dan isterinya pergi berbulan madu.

Ini dibuktikan apabila Zahid memuatnaik gambar dia sedang diberikan alat bantuan pernafasan di sebuah klinik ketika waktu itu. Kalau tidak silap, lokasi mereka berbulan madu sekitar, Cameron Highland, Pahang.

mFace Laman Sosial Milik Datuk Ac Mizal

Posted: 13 Jun 2013 06:30 PM PDT

Ni la dia anak Melayu yang berjaya dalam dunia perniagaan. Dari jadi anak seni, terus ke cabang perniagaan korprat. Datuk Ac Mizal terbaru membelanjakan jutaan Ringgit untuk membeli ruangan iklan di pesawat milik AirAsia untuk mempromosikan nama laman sosial milik AC Mizal iaitu Malaysian Face (mFace) mface.Me.

Kemungkinan bakal menyayingi Facebook. Dan ini sedikit komen dari Ac melalui portal Murai semalam.
"Sebenarnya, saya tidak boleh mendedahkan berapa nilai pembelian saya tetapi saya boleh katakan ianya sudah tentu mencecah jutaan ringgit. Namun, saya bukanlah membeli satu kapal terbang milik AirAsia untuk kegunaan saya tetapi saya menggunakan sebuah kapal terbang milik mereka untuk diletakan logo Mface selama setahun di luar permukaan kapal serta iklan di dalam majalah 3Sixty keluaran AirAsia.

"Dalam masa setahun itu, kapal terbang ini akan membuat penerbangan di sekitar Asean. Alhamdulilah, kini cita-cita saya hendak melihat Mface terbang tinggi ke udara telah tercapai,

"Saya tahu, ianya satu pelaburan yang besar tetapi sekurang-kurangnya saya dapat membuktikan kepada orang di luar sana bahawa perniagaan yang saya jalankan selama ini bukanlah yang sia-sia tetapi menjana keuntungan.

"Lagipun saya rasa rakyat Malaysia patut berbangga dan menyokong dengan produk Malaysia yang saya usahakan selama ini," Datuk Ac Mizal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines