Isnin, 3 Jun 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Zed Zaidi Mahu Lepaskan Jawatan Presiden Seniman

Posted: 02 Jun 2013 11:46 PM PDT


Dalam banyak cerita gembira hari ini, ada pula satu berita sedih. Kali ini Presiden Seniman, Zed Zaidi sedia berundur dari jawatan nombor satu Seniman itu. Menurut Zaidi, dia mengalu-alukan sesiapa yang mahu mengambil alih jawatan ini pada pemilihan akan datang.
"Jika ada yang merasakan diri mereka layak untuk membela nasib golongan artis saya tiada masalah mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan saya ini," -Zed Zaidi. mStar

Lagi Gambar Anak Zaquan, Buka Kedai Sayur

Posted: 02 Jun 2013 10:00 PM PDT


Ini adalah gambar terkini anak kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha dan pelakon, Ayu Raudhah. Memang tiada apa yang beza dengan gambar yang terdahulu. Namun pekembangan terkini cukup membuatkan anak mereka dalam keadaan sihat.

Selain itu, Lan Pet Pet yang juga sebahagian ahli keluarga besar mereka turut tidak ketinggalan mendukung anak mereka. Dalam pada yang sama, 1 Jun yang lalu, adik beradik Zaquan dan Zafuan telah membuka kedai baru. Kedai yang mungkin diusahakan bersama dua adik beradik ini lebih kepada bidang pertanian berbanding makanan restoran. Memang pelik namun begitulah cara mereka mencari peluang.





Michelle Yeoh Kini Bergelar Tan Sri

Posted: 02 Jun 2013 09:21 PM PDT

gambar TheStar
Tahniah kepada pelakon tempatan berstatus antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh kerana dihadiahakan/dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri bersmepena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim pada 1 Jun 2013 yang lalu.

Selain itu, Jimmy Choo (pereka kasut) dan Zang Toi (pereka fesyen) masing-masing dianugerahkan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Gambar Pertunangan Fouziah Gous

Posted: 02 Jun 2013 08:00 PM PDT

Tahniah juga kepada pelakon, Fouziah Gous kerana selamat menjadi tunang kepada Zahfran pada hari Sabtu, 1 Jun 2013. Majlis diadakan di Asmara Penchala, Damansara pada pukul 8.30 malam.

Mengikut portal GUA, Fouziah menerima 5 dulang hantaran (tepak sirih, set kurma dan coklat, set kosmetik dan wangian, selembar kain dan sebuah kamera). Dan pihak lelaki menerima 7 dulang hantaran (sirih junjung, baju melayu, selembar songket, beg, set manisan coklat dan buah-buahan, set wangian dah senaskah kitab suci Al-Quran).

Mengikut perancangan pernikahan mereka berdua akan diadakan pada September tahun ini. -gambar Rotikaya | GUA






Gambar Pernikahan Izzue Islam

Posted: 02 Jun 2013 06:01 PM PDT


Tahniah kepada Izzue Islam yang sudah selamat menjadi suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin pada 2 Jun semalam di Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam. Dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 untuk pihak perempuan. -gambar Rotikaya









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines