Selasa, 4 Jun 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Ahmad Nabil Sekeluarga Bercuti

Posted: 03 Jun 2013 10:45 PM PDT

Ini adalah gambar terbaharu keluarga Ahmad Nabil dengan isteri serta anaknya, Naira Mikayla yang dah nampakseperti usia setahun, namun belum lagi sampi setahun. Gambar kelihatan sedang bercuti di Negara seberang, Indonesia.




Anak Andy Flop Poppy 21 Tahun, Kekasih 34 Tahun!

Posted: 03 Jun 2013 10:00 PM PDT


Kalau dah bercinta, usia juga akan menjadi buta, betul lah kata punjangga dahulu kala. Zaman sekarang kekasih wanita lebih berusia daripada teman lelakinya. Itu lah yang terjadi kepada anak vokalis Andy Flop Poppy, Dan Azreen yang bercinta dengan seorang pereka fesyen lebih tua 13 tahun dari usianya.

Pelik atau tidak, itulah kenyataannya, kini usia percintaan mereka adalah 7 bulan. Dan yang berumur 21 manakala Asimareen berusia 34 tahun. Dan tidak menolak jika dijodohkan bersama-sama.
"Keluarga dan kenalan rapat saya tahu yang saya memang tidak sukakan wanita yang bersikap kebudak-budakan. Saya lebih selesa berkawan dengan wanita yang lebih dewasa.

"Usia bukan penghalang kepada cinta kami kerana paling penting kami selesa dan memahami antara satu sama lain,

"Paling penting hubungan kami mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan orang boleh berkata apa sahaja yang mereka suka," katanya.
Mereka berkenlan pada mulanya menlalui kenalan kepada ibunya pada tahun lalu.

Gambar Kad Kahwin Linda, Beego

Posted: 03 Jun 2013 09:00 PM PDT


Kalau dah pasangan selebriti, nak kahwin pastinya ada unsur seni. Tidak ketinggalan kad jemputan perkahwinan dari Linda Hashim dan Beego yang bertemakan kad kahwin versi 'shooting'.

Linda dan Beego sudah bertunang pada 3 November dan akan pula akan bernikah pada 7 Jun ini di Masjid Usamah Bin Zaid,  Wangsa Maju selepas solat Isya disusuli 8 Jun keesokkan harinya bersanding di Dataran Karyawan, Hulu Klang. Kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadiri majlis itu. -gambar Budiey

Gambar Persandingan Izzue Islam

Posted: 03 Jun 2013 08:00 PM PDT

Pada 2 Jun yang lalu Izzue Islam dan pengurusnya, Awin Nurin pada dinikahkan pagi hari, maka di hari yang sama pula yakni pada tengaharinya, mereka berdua tidak membuang masa dengan melangsungkan majlis bersanding.

Turut hadir pasangan selebriti adalah Lisa Surihani dan suami, Yusry. -Gambar GUA | Murai










cakk!! aku pun datang juga.. hehe..



Dafi Ditangkap Khalwat!

Posted: 03 Jun 2013 06:23 PM PDT


Seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi atas diri Dafi yang ditangkap khalwat, dia bagaimanapun mempunyai penjelasan yang tersendiri tentang insiden yang berlaku pada dirinya baru-baru ini di negeri Johor.

Menurut portal Utusan, Dafi yang pada ketika itu berada di Batu Pahat, Johor untuk menjalani penggambaran telah ditangkap khalwat kerana dituduh tidur di dalam satu bilik hotel yang sama.

Dafi bersama Ayda Jebat

Kira-kira jam 1.00 pagi, Dafi berada di bilik hotel dan telah diserbu oleh 4 orang lelaki yang mengakui mereka adalah anggota pencegah maksiat. Mereka meminta izin untuk menggeledah biliknya setelah mendapat aduan dari orang awam yang Dafi bersekedudukan dengan seorang wanita.

Dafi telah memberi kerjasama penuh untuk membenarkan mereka memeriksa bilik hotel mereka kerana percaya dirinya tidak bersalah sama sekali. Bagaimanapun empat lelaki berkenaan beredar dari bilik hotel Dafi selepas tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan ada kelibat wanita.

Menyifatkan tuduhan sebegitu sebagai mengarut, Dafi sememangnya mengakui bahawa pembantu peribadinya seorang wanita tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama bukannya berkongsi bilik seperti yang disangka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines