Selasa, 25 Jun 2013

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Yasmin Hani jawab isu tattoo henna di lengan suami (2 Gambar)

Posted: 24 Jun 2013 06:30 PM PDT

2 minggu lepas, kami ada mengeluarkan artikel mengenai tattoo henna yang ditampal di lengan suami kepada Yasmin Hani iaitu Sha’arin. Yasmin menerima teguran peminat dan berkata:

Jika ia satu kesilapan, saya mohon maaf dan saya juga belajar dari kesilapan. Saya harap tiada lagi pihak yang akan memperbesar-besarkan isu terbabit lagi. Selepas isu ini keluar, saya ada juga mencari maklumat tentang hukum melukis inai di tubuh. Saya juga kurang pasti dengan perkara ini dan setiap teguran yang diberikan, saya terima dengan hati terbuka.

Terdapat beberapa komen yang kurang enak di baca di ruangan komen artikel yang kami sediakan, namun bagi pihak Yasmin Hani, dia berkata:

Cuma saya agak kesal dengan teguran dengan kata-kata kesat. Bagi saya, kata-kata menggambarkan diri kita yang sebenar. Saya bukan tak solat dan tak tahu hukum hakam langsung. Lagipun lukisan itu telah pun hilang beberapa hari kemudian. Cukup-cukuplah bermain dengan isu ini. Ada banyak lagi isu besar yang perlu diberi perhatian

Maka lepas ini usah kita perbesarkan isu ini, kami di Media Malaya memohon seribu kemaafan sekiranya artikel yang dikeluarkan menimbulkan rasa kurang selesa buat Yasmin dan suami.

Super Kesian: Anjing teperangkap di tar di Poland (5 Gambar)

Posted: 24 Jun 2013 05:30 PM PDT

Entah macam mana, cuaca panas melanda Poland sehingga mencairkan tar yang baru di tampal, anjing ini telah terperangkap di situ dan orang ramai telah bersimpati dan berusaha menyelamatkan anjing ini :’(. Gambar penuh selepas ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines