Jumaat, 28 Jun 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Anak Aqasha Terkini

Posted: 27 Jun 2013 11:00 PM PDT

Anak-anak kepada pelakon Aqasha dah semakin membesar dah. Yang sulung, Alehandara Ahmad Firdiee dan yang bongsu, Alaena Ayesha yang dah nak usia setahun.

Mari tengok perkembangan anak comel Aqasha ini yang dimuatnaik di dalam laman Instagram beliau.

Aaron Aziz Pernah Jadi Real Gangster di Singapura

Posted: 27 Jun 2013 10:00 PM PDT

Jangan tidak disangka, kehidupan lalu pelakon Aaron Aziz sebelum bergelar anak seni sebenarnya pernah terjebak dengan kumpulan gangster di sekitar Singapura.

Hakikat sebenar ini bukanlah lakonan, tapi betul-betul terjadi. Sehinggakan Aaron pernah dicop sebagai lelaki ganas dan ditakuti ramai menurut portal mStar.
"Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat.

"Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya," -Aaron Aziz.
Lebih lanjut tonton E! Special: Aaron Aziz pada 7 Julai 2013 menerusi saluran Astro, 712 untuk mengetahui 30% rahsia pribadi Aaron Aziz.

Anak Irma Hasmie Seusia 2 Bulan

Posted: 27 Jun 2013 09:00 PM PDT

Perkembangan anak Irma Hasmie kini sudah mencecah usia 2 bulan dengan berat nak 7 kilogram. Redza Syah Irfhan  kini dah dibawa kemana-mana sahaja dan syukurlah, Irfhan kini sihat walafiat sahaja.  -instagram.com/RedzaSyahAzmeer 


Benjy Ditahan Kerana Ambil Syabu

Posted: 27 Jun 2013 08:00 PM PDT

Kecoh semalam di kaca TV apabila seorang pelakon di tangkap atau ditahan di atas kesalahan penyalahgunaan dadah, kalau dalam bahasa ringkasnya mengambil dadah.

Sumber daripada portal GUA mengatakan pelakon itu adalah Khaeryyl Benjamin atau Benjy. Dia ditahan semalam jam 12 tengahari di kondominium Bukit Antarabangsa.

Ketika serbuan/penagkapan, tidak ditemui dadah namun air kencing Benjy disahkan positif dadah jenis syabu. Kini Benjy ditahan bagi siasatan lanjut.

Apa lah Benjy ni, emak dia seniwati Azean Irdawaty yang kini sakit, sempat lagi Benjy ambil benda-benda haram ni. Insaflah!

Nama Anak Zahiril, Shera

Posted: 27 Jun 2013 06:00 PM PDT

Berita kelahiran cahaya mata sulung selebriti Zahiril Adzim dan Shera Aiyob pada 19 Jun 2013 lalu kini dikhabarkan sudah ada nama pada anak sulung berkenaan.

Menurut portal MediaHiburan semalam, mereka sepakat meletakkan nama Nadi Anaqi pada anak mereka itu.
"Kami sepakat memilih nama Nadi Anaqi yang membawa maksud keindahan yang menawan hati. Nama itu dipilih kerana mempunyai maksud yang baik disamping mudah disebut," -Shera.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines