Khamis, 13 Jun 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Anak Linda Rafar Kena Demam Denggi

Posted: 12 Jun 2013 11:00 PM PDT

Dikatakan anak kepada Linda Rafar hasil perkahwinan pertamanya terdahulu dengan pelumba kereta terkenal Keifli Othamn, tidak dipastikan samaada anak sulung Rezaril Keiflin, 13, atau anak bongsu Rezaimen Keiflin, 10 tahun di mana anak Linda ini dimasukkan ke wad kecemasan kerana sesak nafas selain daripada ada jangkitan di dalam tekak dan paru-parunya minggu lalu.

Ada yang bersependapat, ianya simptom denggi. Apa-apa pun semoga sembuh semula. Linda kini merupakan isteri kepada pelakon, Syed Aiman. Instagram Linda Rafar


Gambar Terkini Anak Eizlan Yusof

Posted: 12 Jun 2013 10:00 PM PDT


Comel-comel anak Eizlan Yusof dan Vie Shanty ni walaupun dah semakin membesar memanjang. Vie Zaara dan Zareef Yusof yang masih kini belum bersekolah lagi.

Jadi masih aktif bergambar di akaun Instagram papa nya sahaja. Hehe. Jadi anak yang soleh dan solehah ok.


Gambar Yasmin Hani Hamil di Utusan

Posted: 12 Jun 2013 09:00 PM PDT


Ini adalah gambar media terbaharu pasangan suami isteri, Yasmin Hani dan suaminya, Sha'rin mengadakan sesi fotography bersama-sama media tempatan, Utusan untuk edisi Ahad yang lalu. Mungkin mereka yang dah beli dapat melihat cerita disebalik muka hadapan mereka ini dimana Yasmin Hani kini hamil/mengandung anak sulung mereka berusia 18 minggu. Apa-apa pun layan walaupun sekeping. Gege.


Remy Ishak Enggan Berniaga, Harapkan Hasil Anak Seni!

Posted: 12 Jun 2013 08:04 PM PDT


Pelakon Remy Ishak memang seorang yang pelik, ramai kawan artisnya yang kini masing-masing memulakan perniagaan sebagai alternatif lain untuk mendapatkan hasil atau pendapatan di masa akan datang jika tidak terdapat tawaran atau pun sudah beralih untuk tidak berlakon lagi. Namun Remy enggan berbuat demikian.

Dengan kata acuh tak acuh, Remy yakin dengan pendapatannya sebagai anak seni akan mampu mambawa dirinya lebih jauh di masa akan datang tanpa membuka apa-apa jua bidang perniagaan seperti artis yang lainnya. Mengikuti jejak langkah Allahyarham, Tan Sri P Ramlee, yang dengan hasil anak seni, beliau dikenang sehingga selamanya.
gambar Remy Ishak bersama Maskot di Korea Selatan baru-baru ini
"Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Tetapi saya lebih percaya kerja lakonan adalah rezeki saya dan Insya-Allah ia boleh menjana pendapatan untuk kehidupan saya.

"Jika individu itu telah meletakkan tempoh masa selama lima tahun sahaja mahu berada dalam industri ini, maka lima tahun sahajalah dia berada di bidang ini.

"Walaupun ada yang kurang yakin dengan kerja seni yang mereka buat, tetapi saya pula percaya, selagi ada hayat, saya akan jadikan kerja lakonan sebagai punca pendapatan untuk periuk nasi saya," Remy Ishak. -mStar

Gambar Terkini Anak Fasha Sandha

Posted: 12 Jun 2013 06:51 PM PDT


Apa perkembangan terbaharu anak sulung kepada Fasha Sandha dan Jejai, Putera Rayfal yang kini dah memasuki usia dua bulan. Mesti korang nak tahu juga kan. Fasha pun sekarang dah kembali aktif dengan aktiviti lakonan. -gambar Instagram FashaSandha


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines