Rabu, 19 Jun 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Diana Rafar Terkini

Posted: 18 Jun 2013 11:00 PM PDT

Kembar kepada selebriti Linda Rafah, Diana Rafah kini semakin jarang didengar khabarnya. Selepas berkahwin dengan pelakon, Zamarul Hisham, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata yang nak masuk usia 3 tahun.

Beberapa keping gambar memperlihatkan anak Diana kini yang sudah membesar, dan gambar Diana yang tidak bermake-up menampakkan kenuetralan sebenar wajahnya.

Emak Fasha, Emak Jejai Bertengkar?

Posted: 18 Jun 2013 10:00 PM PDT

Scree shoot wall Facebook ini dikatakan dihantar oleh seseorang kepada admin semalam, dengan menyatakan empunya Facebook ini adalah emak kepada pelakon, Fasha Sandha.

Motif melihat wall ini adalah berlaku pertengkaran dalaman diantara emak Fasha dengan ditujukan wall itu kepada emak Jejai, Puan Sri Raja Noora. Komen balas dari Eja .. juga di bahagian Wall itu telah dipadam.

Tidak dipastikan sejauh mana kebenaran pertengkaran ini, kalau betul ada, semoga cepat-cepatlah berbaik. Bulan Puasa Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dah tak lama lagi juga.



Rossa Tidak Bertudung Sebab Kontrak

Posted: 18 Jun 2013 09:00 PM PDT

Pelik dan aneh sungguh alasan Rossa apabila dikatakan dia buka tudung kerana takut kontraknya akan hilang. Tambahan lagi orang ramai pasti tidak suka dengan cara Rossa yang memperlihatkan mempersendakan hukum agama.

Rossa yang sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu selayaknya memahami hajinya mabrur atau tidak, namun melihat tindakan Rossa ini sepertinya hajinya tidak mabrur. Wallahualam.
"Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.

"Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga,

"Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan," -Rossa. BHarian

Isteri Apek, Leuniey Hamil 6 Minggu

Posted: 18 Jun 2013 08:00 PM PDT

Memetik laporan portal MediaHiburan semalam, pasangan suami isteri, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha bakal menimang anak sulung tidak lama lagi. Leuniey Natasha kini disahkan hamil dengan usia kehamilannya kini mencecah 6 minggu atau sebulan setengah.
"Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil enam minggu. Ketika memaklumkan berita gembira ini kepada suami, Apex ketika itu berada di Australia.

Dia berasa cukup teruja dan gembira malah turut mengalami 'morning sickness' seperti saya," -Leuniey.

Tahniah! Marion Caunter Hamil Anak ke-2

Posted: 18 Jun 2013 06:24 PM PDT

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah diatas perkhabaran berita dimana Marion Rose Caunter yang juga isteri kepada ahli perniagaan terkenal, SM Nasaruddin kini telah hamil beberapa minggu anak ke-2 hasil perkahwinan mereka.

Sekeping gambar Marion hamil dimuatnaik di dalam laman sosial Instagramnya baru-baru ini. Untuk sepengetahuan, anak sulung pasangan ini adalah perempuan iaitu, Leia Rose yang nak masuk usia 2 tahun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines