Selasa, 18 Jun 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Nelydia Senrose Nafi Berbikini

Posted: 17 Jun 2013 11:10 PM PDT

Pelakon yang baru lagi, Nelydia Senrose kini menimbulkan sedikit kontroversi apabila sekeping gambar yang dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram miliknya yang tengah bercuti di sebuah tempat peranginan yang indah iaitu Pulau Tioman telah menjadi perbualan hangat.

Mana tidaknya gambar itu menampakkan seorang gadis memakai bra aka bikini. Dan pastinya ramai orang percaya gadis itu adalah Nelydia Senrose kerana tuan rumah pastinya muatnaik gambar tuan rumah kan. Yang jadi kenyataan, memetik daripada portal GUA, Nelydia Senrose akui itu bukan gambarnya tapi gambar minah saleh.

"Gambar itu bukan gambar saya. Subjek utama gambar tersebut adalah pemandangan laut. Tapi semasa saya nak ambil gambar tersebut, kebetulan ada seorang wanita 'mat saleh' berpakaian bikini di hadapan saya, jadi takkanlah saya nak suruh dia beralih ke tepi. Itu bukan gambar saya, saya bukan sebegitu dan saya tahu had saya,

"Saya tak fikir langsung yang gambar yang saya ambil akan jadi isu. Sejujurnya, masa saya muat naik gambar terbabit, niat saya hanyalah untuk berkongsi dengan para peminat mengenai panorama keindahan Pulau Tioman. Tak jangka pula orang bersangka lain mengenai gambar itu,

"Saya tak perasan langsung sehinggalah abang Ahmad Idham menghubungi saya. Dia bertanyakan saya mengenai kesahihan berita dan gambar tersebut. Saya pun 'check' semula laman Instagram saya dan tak sangka pula gambar itu telah menimbulkan isu dan syak wasangka para peminat," - Nelydia Senrose

Gambar Zarina Zainuddin Terkini

Posted: 17 Jun 2013 10:12 PM PDT

Datin Seri Zarina Zainuddin merupakan seorang aktress yang pernah menempah nama dalam dunia hiburan awal 90-an yang lalu. Namanya sering menjadi bualan apatah lagi dengan gayanya yang seksi.

Difahamkan pada tahun 1993 ada satu usaha untuk mengharamkan semua hasil lakonan beliau daripada ditayangkan. Tidak dipastikan kenapa ada pengharamnan seperti itu.

Zarina mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai,17, Muhammad Naim Azrai, 10, dan Muhammad Adam Azrai, 7 tahun.

Dalam pada itu, Zarina juga kini giat mengusahakan produk kecantikan dan dandanan diri khusus untuk wanita iaitu Adura Cosmetics, CEO Adura Marketing (M) Sdn. Bhd.


Fahrin Ahmad Penyokong Kuat JDT

Posted: 17 Jun 2013 09:51 PM PDT

Mungkin ramai dikalangan selebriti yang tidak ketinggalan meminati dunia bola sepak sebagai penyokong mahupun bermain. Dan tidak hairan ramai juga selebriti wanita ada kaitan dengan pemain bola sepak.

Fahrin Ahmad juga sebenarnya peminat sukan bola sepak. Dengan meminati kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) memperlihatkan sokongan Fahrin ketika perlawanan JDT pada awal bulan Jun lalu di stadium Bukit Jalil bersama dengan rakan artis lain, Azuan Mazlan.

Faizal Tahir kena Banned Media Prima?

Posted: 17 Jun 2013 08:00 PM PDT

Tidak dipastikan apakah punca sebenar yang Faizal Tahir dibanned atau digam oleh syarikat dibawah naungan Media Prima. Kisah ini menjadi bualan hangat apabila berita ini sudah diketahui oleh ramai orang dalaman Media Prima.

Tambahan lagi menerusi sumber asal portal Murai, surat hitam putih (rasmi) tidak kelihatan. Jadi secara logik, banyak program yang melibatkan Faizal Tahir telah dibatalkan.

Mengikut sumber itu lagi, gara-gara Faizal di banned adalah kerana Faizal bersuara politik, lalu ada orang yang tidak berpuas hati memberitahu kepada pihak atasan. Kemungkinan bersuara politik pembangkang, sebab Media Prima lebih kepada Kerajaan.

Wallahualam lah, tak mengapalah Faizal, rezeki ada dimana-mana.

Erra Fazira Tak Sebut Nama Ustaz A...

Posted: 17 Jun 2013 06:36 PM PDT

Rancangan Primadona yang disiarkan di siaran Astro baru-baru ini mendapat satu adegan yang tidak diduga. Salah seorang pengacaranya Erra Fazira tidak pasti samaada melakukan ketersengajaan tidak menyebut secara pribadi atau mengikut kemahuan produser nama seorang penceramah terkenal.

Ada yang berkesempatan memuatnaik video beberapa detik itu ke dalam YouTube. Motif orang ni muat naik? fikirkanlah bersama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines