Isnin, 1 Julai 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Abby Abadi Buka Kedai Butik Tudung

Posted: 30 Jun 2013 11:00 PM PDT


Ha tadi dah tengok gambar bercuti kan, kali ni korang akan lihat yang Abby Abadi dah buka butik tudung persendiriannya sendiri.

Menurut sumber, kedai butik Abby ini terletak di Taman Melawati. Dan kini sudah beroperasi sepenuhnya.


Gambar Zehra Zambri Terkini

Posted: 30 Jun 2013 10:03 PM PDT

Ini lah penyanyi Zehra Zambri yang terkenal dengan lagu Hanya Kamu yang dikatakan kini sudah bertudung. Zehra kelihatan di satu majlis besar kenamaan untuk makan malam TUDM (Tentera Udara diRaja Malaysia( yang turut dihadiri oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah baru-baru ini.

Dengar khabar dulu dia sudah bersara, tapi tak tahu, mungkin masih ada jemputan, dia pun ok sahaja kot. :)





Salma Mentor 5 Bersikap Egois?

Posted: 30 Jun 2013 09:00 PM PDT

Admin terbaca sisipan Utusan semalam, yang Salma artis kelahiran Sabah yang kini bertudung lahir daripada program realiti tv Mentor 5, dikatakan semakin berubah. Berubah dari dengar kata kepada tak dengar kata.

Bila ada show atau tawaran untuk apa-apa jua berkaitan hiburan, Salma dikatakan ikut hati dia mahu melaksanakan atau tidak. Tambahan lagi Salma akan menarik diri disaat-saat akhir jika show itu sepertinya tidak seronok/best buat dirinya.

Kalau dah jadi sebegini, yang pastinya menyusahkan ramai pihak. Apa-apa cerita mengenai kesahihan cerita ini benar atau tidak, Wallahualam.

Lagi Gambar Memey, Norman, Abby Bercuti

Posted: 30 Jun 2013 08:00 PM PDT


Gambar di bawah adalah beberapa keping gambar cuti Abby Abadi bersama anak-anaknya dengan Memey Suhaiza serta suaminya, Norman Hakim di sekitar Pulau Pinang bulan lalu. Berkesempatan dengan itu, Abby sempat memuatnaik gambar saat-saat indah berkenaan beberapa hari yang lalu.


Siti Nurhaliza Mahu Ambil Anak Angkat

Posted: 30 Jun 2013 06:22 PM PDT

Dengar cerita yang Datuk Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mengambil anak angkat. Bahkan yang lebih mengejutkan dan membuatkan anda lebih teruja adalah, anak angkat yang diambil oleh Siti adalah dari rakyat Gaza, Palestin.

Namun niat Siti itu bakal tidak direalisasikan memandangkan hal politik yang membuatkan anak-anak dari Gaza tidak boleh keluar dari bumi mereka sendiri. Dan ini yang dipetik melalui portal MediaHiburan semalam.
"Apa salahnya (ambil anak angkat dari Gaza), sekiranya boleh... tapi saya dimaklumkan awal-awal di mana mereka tidak membenarkan kanak-kanak keluar dari Gaza.

"Bagi mereka, jika kanak-kanak ini dibawa keluar oleh keluarga angkat, siapa lagi yang akan mempertahankan bumi mereka.

"Kalau ALLAH beri saya satu keajaiban... saya bawa balik bayi dari Gaza, memanglah saya nak jaga sangat tapi saya percaya, mereka sangat diperlukan di sana,"
Selain itu Siti juga mahu mengikuti jejak langkah artis lain yang sudah menjejakkan kaki di Gaza.
"Keistimewaan dan keajaiban di sana, saya masih belum dapat rasai.

"Jika diizinkan suami dan ALLAH, pasti saya ingin ke bumi Gaza. Ramai rakan-rakan artis lain sudah menjejakkan kaki ke sana," -Siti Nurhaliza.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines